Friday, April 29, 2011

Putera William&Kate Middleton


Prince William of Wales RAF.jpg
Pada harini (29april2011)akan berlangsung nyew perkahwinan diraja PRINCE WILLIAM DAN PASANGAN NYA KATE MIDDLETON...masih ingat lagi Royal wedding of the year Prince Charles&Lady Diana satu masa dulu..haa ni giliran anak sulung dorang lak prince william mesti giler gempak n wedding y termahal kan,tol x??ok....ni lah asal usul putera william ni y dapat saya cari...
"Putera William dari Wales(dilahirkan 21 Jun 1982) adalah seorang putera dari United Kingdom dan berada di tempat kedua di dalam susunan pewarisan takhta United Kingdom dan 15 lagi negara di dalam Kerajaan Komanwel. William adalah anak sulung kepada Charles, Putera Wales dan permaisuri pertamanya, mendiang Lady Diana Spencer. Selaku anak Putera Wales dan cucu kepada Ratu Elizabeth II, Putera William adalah seorang anggota Keluarga Diraja Britain. Beliau kini sedang berlatih sebagai seorang pergawai tentera di Akademi Tentera Diraja Sandhurst



Kematian Prince Lady Diana, puteri Wales

Pada 31 Ogos 1997, bonda Putera William, Diana, dan teman lelakinya, Dodi Al-Fayed, telah terbunuh dalam satu kemalangan kereta di ParisPerancis. Kematiannya berlaku beberapa hari selepas beliau bercuti dengan anak-anaknya di selatan Perancis. Pada masa kemalangan, William dan Harry sedang berada di Istana Balmoral. Ayahanda mereka, Charles, telah mengejutkan mereka daripada beradu untuk memberitahu mereka berita buruk itu.
Di upacara pengkebumian Diana, William mengiringi ayahanda dan pacal kanda lelakinya, bersama nendanya Putera Philip dan ayahanda saudaranya Earl Spencer ke-9 untuk berjalan di belakang pawai Diana dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey. Semasa euloginya, Earl Spencer berjanji bahawa keluarga Spencer akan mengambil minat dalam penjagaan anak-anak Diana walaupun William jarang berjumpa dengan ayahanda saudaranya atau dengan nendanya sebelum kematian Diana.


William mula jatuh hati pada Kate pada malam pertunjukan fesyen ketika putera raja itu berada pada semester kedua di Universiti St Andrews, Scotland pada 2001. 


Sedang Kate memperagakan fesyen di atas pentas, pewaris takhta Britain berkenaan yang berusia 19 tahun ketika itu berbisik kepada rakannya, Fergus Boyd: “Wow! Gadis ini memang menawan.” 


Beliau membayar £200 (RM1,000) untuk tiket tempat duduk depan dan apabila Kate muncul bersama baju yang jarang dengan pakaian dalam serba hitam, William terpaku. 


Selepas menghadiri satu majlis selepas acara itu, William mula mengorak langkah. Dia dan Kate, yang ketika itu berusia 20 tahun, berbual dengan penuh mesra di satu sudut. Sebaik mereka melagakan cawan untuk meraikan kejayaan Kate.







Buckingham Palace London

Antara pukul 08:15 dan 09:45
Sekitar 1900 tetamu akan tiba lebih awal di pintu utara Westminster Abbey.
Pukul 09:50
Garbenor Jeneral, Perdana Menteri dan ahli-ahli diplomatik serta tetamu VIP yang lainnya tiba di Westminster Abbey.
Pukul 10:10
Putera William dan pengiring pengantin lelaki, Putera Harry meninggalkan Clarence House di Bentley menuju ke Westminster Abbey.
Pukul 10:20
Anggota keluarga Diraja tiba di Westminster Abbey dari Buckingham Palace. Pada waktu yang sama, ibu Kate Middleton, Carole Middleton dan adiknya, James Middleton meninggalkan Hotel Goring menuju ke Abbey. Mereka dijangka tiba di Abbey pada pukul 10:27.
Pukul 10:25
Anggota keluarga Diraja lainnya meninggalkan Buckingham Palace menuju Abbey.
Pukul 10:35
Sejumlah ahli keluarga Diraja seperti Duke of York, Puteri Beatrice, Puteri Eugenie, Earl dan Countess of Wessex, Princess Royal dan Vice Admiral Timothy Laurence, menuju Abbey dari Buckingham Palace.
Pukul 10:38
Putera Wales dan Duchess of Cornwall meninggalkan Clarence House menuju Abbey.
Pukul 10:40
Ratu dan Duke of Edinburgh meninggalkan Buckingham Palace, dan tiba di Abbey lima menit kemudian.
Pukul 10:48 
Pengiring pengantin perempuan meninggalkan Hotel Goring, tiba di Abbey pada 10:55.
Pukul 10:51
Kate Middleton, didampingi ayahnya Michael Middleton meninggalkan Hotel Goring ke Westminster Abbey menggunakan Rolls Royce.

Pukul 11:00

Majlis perkahwinan dimulai, dan ditayangkan melalui pembesar suara dan layar lebar di Hyde Park dan Trafalgar Square.
Pukul 12:15
Perarakan pengantin dari Gereja Westminster Abbey menuju tempat resepsi di Buckingham Palace. Kedua mempelai akan menggunakan kereta kuda State Landau 1902.
Pukul 12:30
Kedua mempelai tiba di Buckingham Palace.
Pukul 12:40
Para tetamu mulai tiba di Buckingham Palace.
Pukul 13:25
Ratu, pasangan pengantin, bersama-sama dengan seluruh anggota keluarga muncul di balkoni istana.
Pukul 13:30 
Pertunjukkan angkatan tentera udara Diraja
.

>>besh nyew la jadi orang tername cam2 kan...tapi ade keburukan nyew jugak jadi org tername ni..sape kate xdew..contoh nyew hidup dorang kene ikut protokol..n sentiase akan jadi perhatian org ramai(xley buat salah sikit)

Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Sampai Habis ^-^v

6 comments:

Pretty Honey said...

wish them happily ever after...^_^

misz fae said...

blogwalking!;)
singgah baca n3!

meh singgah blog fae :

http://fzhjmldn.blogspot.com

nelly said...

so sweet !!
folo here ^^

SyerraSyafeyra said...

thanx nelly n misz fae..suda follow....

man said...

betul2 ikuti nie...siap ada aturcara majlis.

SyerraSyafeyra said...

ala search jelaaa sume ni...hehe =)

Post a Comment