Saturday, March 31, 2012

Keyakinan Itu Penting



Meluangkan beberapa minit
untuk blog yang berkurun tak di sentuh adalah 
sesuatu yang menggembirakan bagi saya.

Saya nak berkongsi mengenai
penting nya keyakinan dalam diri.


Kenapa seorang wanita mementingkan
penampilan yang cantik?
ini kerana ia membuatkan seseorang itu
berasa yakin terhadap diri sendiri
untuk berdepan dengan orang ramai.

Cantik itu subjektif.
cantik tak semestinya memakai 
pakaian yang cantik cantik dan mahal
cukup dengan penampilan yang kemas
dan bersesuaian dengan susuk tubuh
boleh membuatkan seseorang itu
kelihatan cantik.

Cantik itu subjektif.
Cantik tak semestinya perlu memiliki
badan yang cantik dan slim.
Bertubuh gempal juga boleh kelihatan cantik
jika dia pandai mengenakan 
pakaian yang bersesuaian 
dan yakin dengan diri mereka sendiri.

Cantik itu subjektif.
Cantik tak semestinya perlu mekap tebal
dan komestik yang mahal mahal.
cukup dengan solekan yang tipis .
Ada juga yang memiliki kecantikan semulajadi 
yang tidak memerlukan nya untuk bersolek.
Tetapi terdapat juga yang memerlukan 
dia untuk bersolek sedikit agar wajah
tidak kelihatan terlalu kusam dan tidak bermaya
seperti saya hehe ^-^



Terima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Sampai Habis ^-^v