Lame jugak tak jenguk-jenguk .
Bukak2 je followers makin bertambah pulak .
Alhamdulillah . terima kasih pada yang sudi follow.
syerra sekarang sedang bekerja di pahang pharmacy.
hampir 7 bulan sudah berkhidmat disana .
diikutkan masih fresh lagi lah kan.
banyak benda lagi nak belajar.
kadang2 bos bagi arahan pon susah nak faham
sebab cakap belit2 . straight to the point sahaja kan senang .
anyway, my bos kire okey lah masih boleh bekerjasama
lagi buat masa sekarang ni berbanding dengan yang lain.
Kerja pon kadang2 bila dah banyak tu datang menimbun2 .
semua nak rushing.
Bila sampai masa tak ade kerja tu sampai tak tahu nak
buat ape pulak kan.
Okey, hidup harus diteruskan juga tak kisah lah happy, sedih,
stress, kecewa , sakit hati semua itu asam garam dalam kehidupan
setiap individu . kalau takde itu semua bukan kehidupan name nye kan .
Yang penting besar mane pon masalah yang datang kita hadapi dengan
senyuman dan tenang .InsyaAllah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.